'Senyum Penyu, Senyum Kita' : A Turtle Song

Details
Title | 'Senyum Penyu, Senyum Kita' : A Turtle Song |
Author | WWFMy |
Duration | 5:01 |
File Format | MP3 / MP4 |
Original URL | https://youtube.com/watch?v=mkEKT1AKVjE |
Description
May 23rd, 2013 - In conjunction with World Turtle Day today, WWF- Malaysia pays homage to the world's ancient creature and one of Malaysia's iconic species through an original song production, 'Senyum Penyu, Senyu Kita'. Special thanks to:
Singer: Asmidar
Produced by: Kamrul Hussin @ Waklong
Composed and Arranged by: Ijan (Perkusi)
Lyrics by: Arina Amin
Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
For more information, please visit wwf.org.my
Lyrics:
Wahai teman semua
Hayati bersama
Tentang penyu kita
Si penawan dua dunia
Pelbagai Jenis ada
Ciptaan yang Maha Esa
Berjuta tahun wujudnya
Kian lama merentas masa
Ke sini,
Ke sana,
Seluas lautan mereka teroka
Menghias alam penuh ceria
Lagak renangnya penuh gembira
Beribu batu merantau dewasa
Kembali mereka ke darat semula
Menyambung warisan penyeri dunia
Korus:
Lihatlah mereka
Si kecil yang besar jiwanya
Gigih berlari tatkala melihat dunia
Mahu pulang ke lautan semula
Mencari cabaran jelajah sulungnya
Ayuh kawan, teman, insan semua
Ganding tangan
Sulam cinta padu usaha
Usah mereka ditindas manusia
Usah mereka pupus dari dunia
Ayuh jadilah pejuang penyu!
Ayuh beri mereka kebebasan
Sematkan cinta penyu kita
Jangan luput dari ingatan
Jangan putus arus warisan mereka
Sayangi penyu kita
Cintai penyu kita
Kasihnya mereka
Pengubat dunia
Senyum mereka
Senyum kita
Ke sini,Ke sana,
Seluas lautan mereka teroka
Menghias alam penuh bermakna
Lagak renang yang serba ceria
Beribu batu merantau dewasa
Kembali mereka ke darat semula
Menyambung warisan penyeri dunia
Korus:
Lihatlah mereka
Si kecil yang besar jiwanya
Gigih berlari tatkala melihat dunia
Mahu pulang ke lautan semula
Mencari cabaran jelajah sulungnya
Ayuh kawan, teman, insan semua
Ganding tangan
Sulam cinta padu usaha
Usah mereka ditindas manusia
Usah mereka pupus dari dunia
Sayangi penyu kita
cintai penyu kita
kasihnya mereka
pengubat dunia
senyum mereka
senyum kita